Meninggal dunia dalam kabin kren

Meninggal dunia dalam kabin kren

Bomba melakukan kerja-kerja membawa turun jenazah operator kren yang meninggal dunia dalam kabin jentera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang operator kren ditemukan meninggal dunia di dalam kabin jentera ketika bekerja  pada ketinggian hampir 20 meter di tapak pembinaan berhampiran Persiaran KLCC dekat sini semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sekerjanya pada pukul 5.43 petang, sebelum individu itu meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur. 

Komander Operasi Kanan JBPM, Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata, jentera dengan kekuatan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 5.50 petang, pasukan mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator kren menara tidak sedarkan diri di dalam kabin.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam semalam.

Beliau berkata, mangsa  dibawa turun menggunakan bantuan kren menara bersebelahan pada pukul 7.46 malam dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Setakat ini tidak diketahui punca kematian operator kren itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya