Mayat lelaki warga Indonesia dibaham harimau di temukan dalam keadaan ngeri

Mayat lelaki warga Indonesia dibaham harimau di temukan dalam keadaan ngeri

MAYAT lelaki warga Indonesia ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham harimau belang di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, Gua Musang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukria, ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan cebisan anggota tubuh mangsa itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menurutnya, susulan itu satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kerjasama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang dan penduduk setempat telah dilancarkan.

“Hasil operasi telah menemui cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba.

“Seterusnya anggota penyelamat telah ke lokasi kedua dan menemui cebisan badan serta sebahagian kaki kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan SAR pada pukul 4.40 petang dan tiba di Jabatan Forensik Perubatan Hospital Gua Musang pada pukul 5.50 petang bagi proses bedah siasat.

Katanya, pihak Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya