Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tersangkut di anak sungai - Utusan Malaysia

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tersangkut di anak sungai

ANGGOTA bomba membantu mengambil mayat yang ditemukan di anak sungai berhampiran loji kumbahan Kampung Felda Sendayan, Seremban dengan menggunakan tangga jentera dan 'basket stretcher' dan seterusnya menyerahkan mayat tersebut kepada pihak polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan tersangkut dalam kejadian di anak sungai berhampiran loji kumbahan Kampung Felda Sendayan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihak polis telah menerima maklumat berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Pihak polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah membawa keluar mayat tersebut.

“Mayat ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai akibat dihanyutkan arus deras,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Arifai, pemeriksaan yang dijalankan mendapati mayat tanpa identiti itu dipercayai berbangsa Cina berdasarkan warna kulit.

“Anggaran umur dipercayai sekitar lewat 40-an dan tiada tanda-tanda khusus pada mayat tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang kehilangan keluarga seperti ciri-ciri tersebut atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rubama Lawasa di talian 013 -3144250 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya