Mangsa banjir Kelantan menurun, dua sungai paras bahaya

Mangsa banjir Kelantan menurun, dua sungai paras bahaya

SUNGAI Golok di Rantau Panjang, Kelantan masih berada pada paras berjaga-jaga-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri dilihat beransur baik apabila jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 438 orang berbanding 442 orang setakat pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Banjir negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat pulu 8 pagi seramai 438 daripada 137 keluarga masih berlindung di empat PPS iaitu dua daerah iaitu Bachok dan Pasir Mas.

Menurutnya, Pasir Mas merekodkan mangsa banjir paling ramai setakat ini apabila 309 orang daripada 103 keluarga berlindung di dua buah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Kedai Tanjong.

“Di daerah Bachok pula seramai 135 orang daripada 36 keluarga masih berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dua batang sungai iaitu Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat melepasi paras bahaya.

Bagaimanapun, beberapa sungai-sungai utama di negeri ini kembali ke paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih kekal pada tahap berjaga-jaga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya