Mangsa banjir Kelantan bertambah lebih sekali ganda

Mangsa banjir Kelantan bertambah lebih sekali ganda

PERAHU menjadi pengangkutan utama selepas kawasan rumah mereka ditenggelami banjir di Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan lebat dibeberapa kawasan menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri ini bertambah lebih sekali ganda apabila 795 orang kini berlindung di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 317 pada pukul 8 pagi tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaBanjirJKM setakat pukul 8 malam menyaksikan Sekolah Kebangsaan (SK) Sering, Kota Bharu menjadi PPS terbaharu yang dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

“Seramai 177 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Sering. Selain itu, tiga lagi PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor (282) dan SK Jelawat (109), Bachok masih lagi diaktifkan.

“Pada masa sama, SK Tok Deh, Rantau Panjang, Pasir Mas kekal menempatkan mangsa banjir seramai 227 orang,” katanya.

Dalam pada itu, semua sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang di tahap amaran.

Sementara Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Semerak di Jambatan Melor berada pada paras berjaga-jaga.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya