Mangsa banjir di Kelantan terus menurun

Mangsa banjir di Kelantan terus menurun

SEORANG penduduk menggunakan perahu selepas kawasan rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mangsa banjir di negeri ini semakin menurun apabila seramai 62 orang mangsa banjir daripada 14 buah keluarga masih berlindung di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi berbanding 108 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, dua buah daerah yang masih terjejas banjir ialah Pasir Puteh dan Pasir Mas.

“PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh menempatkan seramai 30 mangsa daripada tujuh buah keluarga, manakala Rantau Panjang pula di PPS SK Tok Deh menjadi tempat berlindung kepada 32 orang mangsa banjir daripada tujuh buah keluarga.

“Enam sungai utama di negeri ini menunjukkan bacaan normal kecuali Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Temangan berada pada paras berjaga-jaga,” katanya.

Ujarnnya, bagaimanapun Sungai Golok di Rantau Panjang kekal mencatatkan paras bahaya sementara Sungai Kelantan di Kuala Besar sudah berada pada tahap amaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN