Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 178 orang

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 178 orang

SEBAHAGIAN mangsa banjir dari Kampung Tok Kundur, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan.-UTUSAN TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 178 orang berbanding 17 orang pada pagi tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 7 malam seramai 178 mangsa daripada 46 buah keluarga telah ditempatkan di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mangsa itu dari dua daerah iaitu Pasir Puteh dan Bachok.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu, Pasir Puteh menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 115 orang, diikuti SK Wakaf Raja (30) dan Sungai Petai (3).

Sementara di Bachok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor menempatkan 23 mangsa manakala SK Jelawat tujuh orang.

Setakat ini semua jalan-jalan utama masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Terdahulu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) di Kelantan melibatkan kawasan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya