Lori bawa diesel terbabas, JAS kesan kemungkinan berlaku pencemaran di Sg. Timun - Utusan Malaysia

Lori bawa diesel terbabas, JAS kesan kemungkinan berlaku pencemaran di Sg. Timun

SEBUAH lori tangki yang membawa muatan diesel terbabas dalam kejadian di Kampung Sungai Timun, Jalan Lubok China-Linggi, Rembau, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan kemungkinan berlaku pencemaran sungai susulan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki yang membawa muatan diesel di Kampung Sungai Timun, Jalan Lubok China-Linggi, di sini petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, pihaknya telah menerima aduan sekitar pukul 11.30 pagi tadi berkenaan terdapat sebuah lori minyak terbalik dan dikhuatiri tumpahan telah mengalir masuk ke Sungai Timun.

Jelasnya, aliran air dari Sungai Timun mengalir ke Sungai Rembau seterusnya Sungai Linggi dan ke laut. 

“Bagaimanapun, tiada Loji Rawatan Air (LRA) di sepanjang aliran tersebut. Kerja-kerja pemasangan oil boom  yang dibekalkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang dijalankan oleh pihak Badan Kawal Selia Air (BKSA) bagi tujuan pencegahan aliran minyak ke sungai,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 3.40 petang semalam menyebabkan kerosakkan lori tangki seperti body tanker kemek dan penutup minyak tangki yang tercabut.

“Berdasarkan siasatan awal kemalangan berlaku semasa pemandu iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dari arah Lubok China hendak menghala ke Linggi. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan terbalik ke sebelah kiri dan melintang di tengah jalan. 

“Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya