Lelaki tidak sempat nikmati upah seludup rokok dicekup

Lelaki tidak sempat nikmati upah seludup rokok dicekup

WAN amal Abdul Salam Wan Long (kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas semasa sidang media di Pejabat Penguatkuasa JDKM Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki tidak sempat menikmati upah sebanyak RM550 membawa 1.56 juta batang rokok seludup selepas lori bonded yang dipandunya di tahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu pada 24 Oktober lalu.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 10.30 selepas JKDM Kelantan mengekori lori tersebut sejuah 10 kilometer sejurus di kesan di Palekbang di sini.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, nilai rampasan keseluruhan rokok itu termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM1.18 juta.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori tersebut sejurus ditahan membawa kepada penemuan 156 peti mengandungi rokok seludup.

“Siasatan awal mendapati rokok-rokok tersebut dibawa masuk ke negara ini secara tidak menggunakan laluan laut ke kawasan daratan sebelum diangkut menggunakan lori ke destinasi yang telah ditetapkan.

“Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati rokok tersebut untuk pasaran di Lembah Klang disebabkan oleh permintaan yang tinggi,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Pejabat Penguatkuasa JDKM Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, suspek direman selama 10 hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya, JKDM Kelantan akan terus melipatkan gandakan pemantauan dalam mencegah aktiviti penyeludupan di negeri ini.

“Orang awam diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barangan seperti rokok, minuman keras, dadah dan mercun dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.

“Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan melalui laman sesawang www.aduan.customs.gov.my,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya