Lelaki etnik Rohingnya didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara - Utusan Malaysia

Lelaki etnik Rohingnya didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki etnik Rohingnya didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya pada awal November lalu. 

Bagaimanapun, tertuduh berusia 21 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Ketika prosiding kes, tertuduh kelihatan menangis selepas pihak mahkamah menolak permohonannya untuk diberikan jaminan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan yang merupakan anak saudaranya berusia lima tahun dengan cara memegang kemaluannya. 

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 12 sehingga 12.10 tengah hari pada 2 November lalu di Taman Jujur, Sikamat di sini. 

Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017. 

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat. 

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung memohon tarikh baharu untuk mendapatkan laporan perubatan penuh mangsa dan tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh. 

Hsiao Tung berkata, ia atas beberapa faktor antaranya tertuduh merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan kemungkinan dia tidak akan dapat dikesan sekiranya dibebaskan dengan jaminan. 

“Mangsa juga berusia lima tahun dan tertuduh merupakan bapa saudara kepada mangsa serta tinggal di alamat sama,”katanya. 

Mahkamah kemudian menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula kes bagi proses lantikan peguam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya