Lelaki ditangkap tiga hari lepas curi duit tabung surau - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap tiga hari lepas curi duit tabung surau

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki telah masuk ke dalam surau di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, Seremban dan mencuri duit tabung dari surau terbabit kira-kira pukul 3 petang dalam kejadian 25 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki berjaya ditangkap selepas tiga hari dia melakukan jenayah curi duit dalam tabung sebuah surau di Sikamat, di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes curi duit tabung surau dengan anggaran nilai RM100 di Taman Sri Pulai 3, Sikamat pada pukul 7.50 malam, 25 November lalu.

Menurutnya, hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek telah masuk ke dalam surau dan mencuri duit tabung tersebut kira-kira pukul 3 petang pada hari yang sama laporan dibuat.

“Suspek kemudiannya telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Bertindak atas risikan dan maklumat awam, seorang lelaki berusia 24 tahun itu ditangkap oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) kira-kira pukul 8.30 malam semalam di kawasan Taman Batu Batu 8, Jalan Pantai-Telok Kemang.

“Dalam tangkapan berkenaan turut dirampas barang kes berupa sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru dan peralatan untuk pecah tabung,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Arifai lagi, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek telah di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini dan direman selama empat hari sehingga 2 Disember depan bagi membantu siasatan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya