KPDN terima 43 permohonan baru kad insentif Menu Rahmah - Utusan Malaysia

KPDN terima 43 permohonan baru kad insentif Menu Rahmah

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 permohonan baharu kad insentif Menu Rahmah diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) setakat ini selepas dilancarkan pada 2 November lalu.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, pendaftaran terus dibuka kepada peniaga yang menawarkan menu Rahmah untuk mendapatkan insentif menerusi kad diskaun tersebut.

“Kita telah melancarkan kad diskaun tersebut  pada 2 November lalu dan setakat ini kad insentif Menu Rahmah ini ada 43 permohonan. Kita buka pendaftaran baru kepada peniaga-peniaga  yang menawarkan Menu Rahmah.

“Ada enam pasar raya terlibat dan mereka menawarkan diskaun sehingga 40 peratus , jadi itu statusnya dan akan dilancarkan pada hujung November, awal Disember,” kata beliau di dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, kerajaan berharap  menu Rahmah dan termasuk lebih banyak lagi pasar raya akan menyertai inisiatif membantu rakyat.

Terdahulu, Dr, Dzulkefly Ahmad meminta Menteri KPDN  menjelaskan status kad Diskaun Khas Menu RAHMAH dan apa hasilnya setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya