KPDN Kelantan lantik 105 pemborong, peruncit pastikan belakan cukup sepanjang tengkujuh

KPDN Kelantan lantik 105 pemborong, peruncit pastikan belakan cukup sepanjang tengkujuh

AZMAN Ismail (tengah) semasa turun padang meninjau pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan melantik sebanyak 105 pemborong utama (DDW) dan peruncit (DDR) terpilih di setiap daerah bagi memastikan keberadaan bekalan barang keperluan asas mencukupi ketika banjir.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pemborong dan peruncit yang terpilih itu dibenarkan menambah had simpanan bekalan barang kawalan melebihi 30 peratus kuantiti daripada had simpanan sedia ada yang dibenarkan dalam lesen asal barang kawalan berjadual sepanjang tempoh musim bah.

“Pelan kontigensi banjir itu dilakukan bagi memastikan keberadaan bekalan barang kawalan dan keperluan asas mencukupi, mudah diperoleh dan dijual pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan selain berpatutan.

“KPDN turut melantik 66 pemborong dan 39 peruncit yang akan bertindak sebagai pemegang mini stok bagi memastikan bekalan barang kawalan keperluan asas sentiasa mencukupi” katanya kepada pemberita selepas meninjau pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di  sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, KPDN Kelantan juga mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar, pemborong, pengimport, persatuan dan agensi kerajaan terlibat dalam menghadapi banjir.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengaktifkan Bilik Gerakan bermula 8 pagi hingga 10 malam membabitkan cawangan Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang untuk menerima sebarang aduan berkaitan.

Sementara itu, Azman berkata, seramai 145 orang pegawai penguat kuasa dan 86 orang pegawai pemantau harga akan mengadakan pemantauan dan pemeriksaan di seluruh negeri ini sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP Deepavali.

Katanya, sebanyak lapan jenis barangan yang akan dikawal di bawah skim tersebut berkuat kuasa hari ini sehingga 15 November ini.

“Sepanjang tempoh itu, kedua-dua pegawai itu akan turun padang setiap hari untuk memastikan bekalan barangan asas mencukupi.

“Selain itu, kita juga akan meninjau sama ada peniaga mengikuti sepenuhnya kawalan harga yang telah ditetapkan serta memastikan tiada tindakan menyembunyi atau menyimpan bekalan,”katanya.

Azman berkata, semua pasar raya akan memaparkan harga bagi lapan jenis barangan yang dikawal dengan menggunakan label berwarna merah jambu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya