KK Super Mart anjur Kejohanan Karate Terbuka - Utusan Malaysia

KK Super Mart anjur Kejohanan Karate Terbuka

Azura Sarbin bersama KK Chai bergambar bersama pemenang pada Kejohanan Karate Terbuka KK Goju-Kai Selangor ke-12 2023 di Pusat Beli Belah South City Plaza, Serdang semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Sebanyak 147 kelab dan persatuan menerima geran padanan sukan komuniti daripada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor tahun ini bagi merancakkan aktiviti-aktiviti sukan di negeri berkenaan.

Pengarahnya, Azura Sarbin berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan kira-kira RM400,000 peruntukan melalui geran tersebut.

Menurut beliau, secara keseluruhan terdapat lebih 200 permohonan daripada kelab dan persatuan yang aktif melaksanakan aktiviti sukan di pelbagai peringkat di negeri ini.

“Bagi tahun ini peruntukan ditutup pada 31 Ogos lalu dan semua yang layak untuk geran kita telah salurkan dana tersebut. Saya yakin tahun depan geran ini akan dibuka semula.

“Sebenarnya, semua pihak yang aktif melaksanakan sukan boleh memohon dan permohonan boleh dibuat menerusi secara dalam talian,” katanya ketika ditemui media semalam.

Azura hadir pada Kejohanan Karate Terbuka KK Goju Kai Selangor ke-12 yang dianjurkan KK Super Mart di South City Plaza, lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

PESERTA

Kejohanan Karate ini bukan sahaja menerima peserta dari Selangor tetapi juga negeri-negeri lain seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Azura berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan pihak swasta mahupun korporat dalam menganjurkan kejohanan sukan demi memajukan industri tersebut di dalam negeri ini.

“Seperti dilakukan oleh pihak KK Mart hari ini (semalam), ia adalah langkah yang baik bagi membantu kelab dan persatuan dalam memartababkan sukan di negara kita.

“Sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat memupuk minat bersukan dalam kalangan rakyat di negeri ini,”jelasnya.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Karate Do Goju Kai Selangor, Datuk Seri Dr. KK Chai. Berkata, sebanyak 268 pingat yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut.

Jelasnya, beliau menyokong kanak-kanak menyertai kejohanan sukan seperti Karate bagi membantu mencergaskan badan dan menghalang mereka terus ketagih dengan penggunaan teknologi.

“Sukan seperti ini beri kebaikan kepada kita semua (terutama) untuk kesihatan tubuh badan kita dan juga minda tanpa terlalu terikat dengan penggunaan peralatan-peralatan elektronik.

“Sukan seperti Karate ini juga mengajar kita nilai-nilai yang baik seperti disiplin, kesabaran dan semangat berpasukan. Ini membantu membentuk diri sebagai individu yang sihat serta berdaya saing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya