Kerjasama PGA, Rela berjaya kekang jenayah di sempadan Kelantan

Kerjasama PGA, Rela berjaya kekang jenayah di sempadan Kelantan

SHEIK Azhar Sheik Omar (dua kanan) menyampaikan sijil kepada pegawainya selepas selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Penyesuaian Penugasan Rela Bersama PGA di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kelantan menerusi Ops Taring Wawasan disempadan Malaysia-Thailand di negeri ini berjaya mengekang jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan sepanjang tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, selain penugasan di pintu masuk ke negara ini mereka turut menyalurkan maklumat terutamanya kegiatan penyeludupan pelbagai barangan dari negara jiran.

“Berdasarkan maklumat itu, anggota PGA menjalankan risikan untuk memastikan maklumat yang disalurkan itu betul untuk tindakan selanjutnya.

“Saya berharap anggota Rela lebih peka mengenai kegiatan penyeludupan di sempadan. Saya yakin dan percaya mereka tidak akan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang termasuk bersekongkol dengan penyeludup,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Penyesuaian Penugasan Rela Bersama PGA di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Sheik Azhar memberitahu, seramai 76 anggota Rela ditempatkan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Pengkalan Kubor dekat Tumpat, Rantau Panjang dan Bukit Bunga di Tanah Merah.

Katanya, anggota Rela bertugas secara bergilir dalam tempoh 24 jam bersama PGA untuk memastikan kegiatan penyeludupan pelbagai barangan termasuk senjata api, dadah dan kontraban.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya