Kepala air: Sebuah tapak perkhemahan di Rembau diarah tutup - Utusan Malaysia

Kepala air: Sebuah tapak perkhemahan di Rembau diarah tutup

TANGKAP layar kejadian kepala air yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Sepri, Rembau, baru-baru ini sehingga menghanyutkan beberapa khemah milik pengunjung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebuah tapak perkhemahan di daerah ini diarahkan tutup buat sementara waktu oleh pihak polis bagi tujuan keselamatan selepas berlakunya insiden kepala air di kawasan tersebut pada 10 November lalu.

Video kejadian tersebut turut tular di media sosial apabila ia dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang berkunjung di tapak perkhemahan berkenaan, ketika kejadian tersebut berlaku.

Berdasarkan video berkenaan, kejadian kepala air itu berlaku kira-kira pukul 5 petang dan menghanyutkan banyak khemah milik pengunjung namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad ketika dihubungi memaklumkan tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai jumlah pengunjung yang terjejas dalam kejadian itu,

“Bagaimanapun, saya sudah mengarahkan untuk pemilik tapak perkhemahan menutup operasi buat masa ini hingga ke satu tarikh yang masih belum diputuskan bagi tujuan keselamatan,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya