Kenaikan tarif air melegakan kerajaan negeri

Kenaikan tarif air melegakan kerajaan negeri

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (dua dari kanan) menerima buku mengenai Daerah Baling daripada Pegawai Daerah, Datuk Gafar Yahaya ketika Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Cadangan untuk meningkatkan tarif air akan memberi kelegaan kepada kerajaan negeri Kedah untuk membayar hutang sumber berkenaan dan hutang-hutang lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kali terakhir kenaikan tarif air di negeri ini berlaku pada 2010 yang hanya melibatkan kenaikan 10 sen.

Menurutnya, pada masa ini, harga tarif air bagi setiap negeri tidak sama dan sekiranya ia diselaraskan langkah itu lebih baik.

“Sekiranya berlaku kenaikan tarif air itu, ia akan menjadi satu kelegaan kewangan, bukan untuk membebankan rakyat, tetapi untuk negeri ini membayar hutang air dan hutang lain-lainnya. Hutang air di negeri ini perlu dibayar selama 45 tahun, sebelum ini hutang itu dibayar sebanyak RM45 juta setahun.

“Selepas kita buat pembentangan proses migrasi, beberapa langkah telah dilakukan dan kita mendapat pengurangan membayar hutang air, hanya lebih kurang RM33 juta hingga RM35 juta sahaja setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035..

Muhammad Sanusi berkata, mekanisma penetapan tarif air bagi seluruh negara ketika ini hanya ditentukan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Jadi, sebarang proses kenaikan ataupun peningkatan tarif air akan menggunakan mekanisma yang sama untuk seluruh negara dan proses itu akan dibuat oleh kementerian.

“Oleh itu, kita akan tunggu pengumumannya setakat mana mekanisma itu akan menentukan tarif baharu harga air di seluruh negara,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya