Jumlah banduan terkawal, tidak timbul isu kesesakan di penjara - Utusan Malaysia

Jumlah banduan terkawal, tidak timbul isu kesesakan di penjara

IBRISAM Abdul Rahman (dua dari kiri) ketika merasmikan Program Seminar Koreksional Pembentukan Diri Resilien 2023 di Dewan Wawasan, Penjara Seremban di Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tidak timbul isu kesesakan banduan di penjara negara ini bagaimanapun berlaku sedikit lebihan di bawah 20 peratus yang mana masih lagi disifatkan dalam keadaan terkawal.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata, jumlah banduan berkenaan kini di peringkat masih mengikut standard antarabangsa.

“Jika lebih 20 peratus ia dikira terlebih muatan. Sekarang ini enam ke tujuh peratus sahaja lebihan, ada penjara mempunyai lebihan dan ada penjara mengikut kapasiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Koreksional Pembentukan Diri Resilien 2023 di Dewan Wawasan, Penjara Seremban di sini hari ini. 

Menurut beliau, sebagai kaedah mengelakkan berlakunya kesesakan, pihak penjara mempunyai hukuman alternatif dengan perintah kesalahan yang tidak serius, pesalah dikenakan hukuman khidmat komuniti.

“Sebagai contoh hukuman tiga tahun ke bawah ditukar kepada perintah kerja wajib, tidak memerlukan masuk ke penjara.

“Kerja khidmat komuniti ini seperti membersihkan kawasan rumah-rumah orang tua, anak yatim selama empat jam satu hari,”katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya