JKM Kelantan perkenal kad PPS kepada mangsa banjir

JKM Kelantan perkenal kad PPS kepada mangsa banjir

SAID Sidup (kanan) bersama pegawainya semasa melawat Depoh JKM di Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan buat julung kalinya  memperkenalkan kad pusat pemindahan sementara (PPS) kepada mangsa banjir bagi mengelak berlaku keciciran agihan barangan keperluan.

Pengarahnya, Said Sidup berkata, pengenalan kad itu bertujuan memudahkan mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan peralatan yang lengkap termasuk selimut, tikar, toto dan pelbagai barangan makanan sepanjang berada di PPS

“Dengan adanya kad ini, tiada lagi keciciran semasa agihan barangan dan semua mangsa akan mendapat keperluan mereka selepas mendaftar masuk ke PPS.

“Kad itu perlu diserahkan semula kepada pegawai JKM yang bertugas di PPS apabila mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di Depoh JKM di Kemumin di sini, hari ini.

Said memberitahu, pada masa sama JKM turut memperkenalkan pek makanan segera berupa nasi dan lauk untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang baru tiba ke PPS untuk mengalas perut sementara menunggu makanan yang dimasak.

Katanya, JKM Kelantan sedang menunggu 19,000 pek makanan segera bernilai RM340,000 sebagai tambahan untuk agihan fasa kedua.

“Setakat ini, semua pek makanan itu sudah dihantar ke 160 pangkalan hadapan atau kawasan penempatan awal logistik di semua daerah di negeri ini.

“Sebanyak 1,000 pek makanan segera sudah dihantar ke  Pasir Mas pada fasa pertama sebelum ia diagihkan ke daerah lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Said berkata, JKM Kelantan menerima peruntukan berjumlah RM2.34 juta untuk membeli barang keperluan mangsa banjir di PPS pada awal tahun ini.

Katanya, JKM akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk melaksanakan pembelian darurat sekiranya barangan keperluan tidak mencukupi.

“Berdasarkan pengalaman tahun lalu, kita menerima peruntukan RM1 juta, namun perbelanjaan mencecah sehingga RM5 juta. Tambahan itu melibatkan perbelanjaan makanan keperluan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya