Kita mengharap, tetapi PM tentukan - Mohamad Sabu

Kita mengharap, tetapi PM tentukan – Mohamad Sabu

MOHAMAD Sabu (tengah) menerima borang keahlian baharu untuk menyertai Amanah dalam majlis Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Meskipun menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat pertimbangan berhubung individu yang layak dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baharu, Parti Amanah Negara (Amanah) tetap menyimpan harapan agar ada dalam kalangan wakil mereka dilantik memegang jawatan berkenaan.

Kenyataan itu disuarakan sendiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Kepala Batas di Penaga, di sini malam tadi.

“Jika diikutkan, nama dalam kalangan semua ahli Amanah ini layaklah (untuk menjadi Menteri KPDN).

“Kami (Amanah) ada 200,000 ahli secara keseluruhannya dan mereka semua layak. Dalam hal ini, saya kata tadi, kita mengharap tapi adalah menjadi hak PM (Perdana Menteri) kerana PM yang akan menentukan Kabinetnya,” ujar beliau.

Menteri KPDN sebelum ini yang juga Timbalan Presiden Amanah, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah pada 23 Julai lalu selepas disahkan mengalami pendarahan otak.

Portfolio kementerian itu kini dipangku oleh Ahli Parlimen Papar yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Ketika ini, Amanah mempunyai beberapa wakil dalam Kabinet termasuk Mohamad sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Naib Presidennya, Adly Zahari selaku Timbalan Menteri Pertahanan dan Ketua Wanita, Aiman Athirah Sabu yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya