Jasa penduduk Kampung Banai dihargai, jadi kampung angkat Kosma - Utusan Malaysia

Jasa penduduk Kampung Banai dihargai, jadi kampung angkat Kosma

ZAMRI Mohamed (duduk, lima dari kanan) bersama kakitangan Kosma menyantuni masyarakat Orang Asli Kampung Banai, Muadzam Shah di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Koperasi Serba Usaha Makmur Berhad (Kosma) tidak melupakan jasa penduduk Kampung Banai di Muadzam Shah di sini yang terus setia bersama pengurusan dan kakitangannya dalam memastikan kelestarian ladang koperasi terbabit.

Pengerusi Kosma, Datuk Zamri Mohamed berkata, penduduk Kampung Banai antara yang terawal membantu membangunkan ladang koperasi tersebut pada 1967.

Beliau berkata, sebagai menghargai jasa dan sumbangan penduduk Kampung Banai, Kosma mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di situ.

“Kampung Banai adalah sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli yang pada ketika ini dihuni oleh kira-kira 180 penduduk.

“Dalam program CSR Kosma di kampung ini, saya bersama anggota lembaga serta pengurusan ladang hadir bagi menyantuni penduduk,” katanya ketika ditemui di sini.

Zamri berkata, dalam program itu, Kosma mengumumkan bantuan untuk membina surau di Kampung Banai bagi kegunaan ibadah serta aktiviti masyarakat di situ.

Katanya, beliau turut mengumumkan Kampung Banai sebagai Kampung angkat Kosma.

“Kosma turut menyampaikan barang keperluan harian kepada lebih 100 keluarga Kampung Banai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya