Ibu tunggal, dua anak jadi mangsa pertama banjir di Kelantan

Ibu tunggal, dua anak jadi mangsa pertama banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang ibu tunggal dan dua anaknya menjadi mangsa banjir pertama di negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu selepas rumah mereka di Kampung Pachakan, di sini, ditenggelami air pagi tadi akibat hujan lebat sejak semalam.

Kerja-kerja menyelamatkan tiga beranak itu dilakukan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali, pukul 6.31 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, lokasi rumah mangsa yang terletak di kawasan rendah sekali gus mudah ditenggelami akibat hujan lebat selain tempias fenomena air pasang besar.

“Operasi menyelamat mangsa banjir diketuai komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd. Zamri Yajid bersama enam anggota dari BBP Tok Bali,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada tahun lalu, hampir 100 penduduk pesisir Pantai Pachakan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Dalam Ru dan SK Cherang Ruku selepas rumah mereka ditenggelami air berikutan hujan lebat dan fenomena air laut pasang besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya