PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan tempat di seluruh Malaysia, petang ini.
Menurut ramalan cuaca seluruh negara hari ini, ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
“Ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor.
“Selain itu, ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman di Perak dan Pahang,” menurut ramalan itu.
Di Sabah, ribut petir di ramal berlaku di satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
Di Sarawak, ribut petir di jangka berlaku di beberapa tempat di Betong dan Sarikei selain di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – UTUSAN