Hoki: Malaysia baham Hong Kong 24-0

Hoki: Malaysia baham Hong Kong 24-0

Malaysia mencatat kemenangan besar 24-0 ke atas Hong Kong pada Kejohanan Hoki Jemputan Antarabangsa Dalam Dewan merebut Piala Sultan Nazrin Shah hari ini namun peluang untuk layak ke perlawanan akhir sudah berakhir. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia mencatat kemenangan besar 24-0 ke atas Hong Kong pada Kejohanan Hoki Jemputan Antarabangsa Dalam Dewan merebut Piala Sultan Nazrin Shah hari ini namun peluang untuk layak ke perlawanan akhir sudah berakhir.

Tewas 1-2 kepada New Zealand di sebelah pagi pada perlawanan di Stadium Indera Mulia, di sini sekali gus menutup peluang untuk menduduki dua tangga teratas.
Sebaliknya, perebutan kini adalah antara tiga pasukan iaitu Afrika Selatan, Namibia dan Australia untuk beraksi pada final Sabtu ini.

Malaysia akan turun habis-habisan apabila turun menentang Afrika Selatan, petang esok.

Pengurus pasukan, Shurizan Mansor berkata, tidak ada apa yang perlu dirisaukan pemain melainkan bermain sebaik mungkin.

“Memang kita sudah tersingkir dari perebutan ke perlawanan akhir tetapi kita mahu mengakhiri pada kedudukan terbaik.

“Malah jika dapat menumpaskan pilihan utama kejohanan, itu lebih bagus lebih bagus,” katanya di sini.

Kedudukan terbaik Malaysia ialah di tempat keempat, namun bergantung keputusan perlawanannya dengan Afrika Selatan, esok.

Apa pun kemenangan besar ke atas Hong Kong itu sedikit sebanyak memulihkan semangat pemain selepas direntap berikutan kekalahan tipis kepada Kiwis semalam.

Dalam perlawanan dengan New Zealand, kesungguhan pemain Malaysia semata-mata tidak mencukupi untuk menyaingi lawan yang menduduki ranking lebih baik.

Begitupun, Malaysia mendahului melalui pukulan sudut penalti Mohd Faridzul pada minit kesembilan

Bagaimanapun kedudukan itu hanya bertahan tujuh minit apabila New Zealand membalas melalui Matthew Symonds.

Persaingan sengit berlangsung dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan sebelum Isaac Houlbrooke melakukan sentuhan pemusnah pada minit ke-33. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya