Grand Prix Malaysia: Hujan janji perlumbaan sengit

Grand Prix Malaysia: Hujan janji perlumbaan sengit

(Dari kiri) pelumba Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team), Jorge Martin (Prima Pramac Racing) dan Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) pada sidang akhbar perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia 2023 (MotoGP) di Sepang, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Perlumbaan Kejuara­an Motosikal Dunia Grand Prix Malaysia diramal akan berlangsung dalam cuaca berhujan sekali gus menjadi ujian besar buat pelumba.

Namun, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menyediakan pelan awal untuk me­ngubah jadual asal jika keada­an amat memerlukan untuk memastikan perlumbaan tidak terjejas terutamanya pada hari terakhir perlumbaan hujung minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, jika perubahan jadual berlaku, ia di bawah tanggungjawab pemegang hak MotoGP Dorna Sports untuk memutuskan sebarang keputusan muktamad.

“Kalau kita hendak ulas pasal cuaca, memang sukar untuk kita tentukan terutama pada sebelah petang hujan le­bat biasanya melanda Sepang sejak kebelakangan ini.

“Jadi, kita harapkan yang terbaik sewaktu perlumbaan sprint dan ketika saingan sebenar pada Ahad nanti dan sekiranya cuaca mengizinkan kita boleh teruskan perlumbaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

GP Malaysia akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula, hari ini, dengan sesi latihan bebas, serta aksi kelayakan pada esok dan perlumbaan sebenar, Ahad ini.

Ketika ditanya sama ada perubahan jadual pernah berlaku dalam perlumbaan, musim ini, Shafriman memberitahu, situasi tersebut ada terjadi sewaktu GP Australia di Phillip Island, baru-baru ini.

“Mengikut ramalan cuaca peluang untuk hujan itu sangat tinggi dan jika ia berlaku kita akan serahkan sepenuhnya kepada pengarah perlumbaan untuk memutuskan sama ada aksi boleh diteruskan ataupun tidak berdasarkan keadaan cuaca semasa perlumbaan.

“Apa yang lebih utama ialah keselamatan pelumba itu sendiri dan jika, permukaan litar tidak selamat pengarah perlumbaan perlu membuat keputusan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam per­kembangan berkaitan, Shafriman berkata, sebanyak 85 peratus tiket berjaya dijual dan penjualan dijangka naik menjelang hari perlumbaan.
Tambah beliau, pihaknya mengharapkan 100 peratus jualan, tetapi masih ada beberapa hari lagi sebelum Ahad, jadi, orang ramai boleh membuat pembelian di kaunter SIC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya