General Motors sertai F1 2028

General Motors sertai F1 2028

GENERAL Motors akan terlibat dalam perlumbaan F1 pada 2028. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), General Motors (GM) mengesahkan sudah berdaftar dengan Persekutuan Pemotoran Antarabangsa (FIA) untuk menyertai perlumbaan kereta Formula Satu (F1) pada 2028.

GM dalam satu kenyataan memetik Presidennya Mark Reuss sebagai berkata berkata, syarikat itu akan membekalkan enjin kepada pasukan Amerika, Andretti dalam perlumbaan tersebut.

Katanya, mulai 2028, pasukan Andretti Cadillac F1 akan dipacu oleh enjin GM.

“Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan luas kami tentang perlumbaan ini, kami yakin dapat menghasilkan enjin yang laju dan memenuhi keperluan pasukan Anfretti Cadillac. Kami akan memastikan keupayaan enjin ini pada tahap tertingi dan kemampuan bersaing yang pastinya akan mengujakan peminat,” katanya.

Bulan lalu, FIA membenarkan permohonan Andretti untuk berlumba dalam F1.

Menurut syarikat pengeluar kenderaan itu, setakat ini ujian dan pembangunan teknologi prototaip bagi tujuan perlumbaan itu sedang rancak berjalan. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya