Gegar Vaganza: Noryn Aziz tersingkir

Gegar Vaganza: Noryn Aziz tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Noryn Aziz, mengakhiri perjuangannya dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) selepas diumumkan tersingkir pada konsert minggu kesembilan.

Noryn menyanyikan lagu Tegar bersama Dia Fadila yang dipopularkan oleh Datuk Seri Rossa.

“Terima kasih kepada semua peminat dan juri kerana memberi peluang kepada saya di sini.

“Kepada pasukan saya, saya berharap boleh pergi jauh tapi rezeki sampai di sini sahaja. Saya bersyukur untuk semuanya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Auditorium MBSA, malam ini.

Sementara itu, Jaclyn Victor menduduki tangga pertama kali ini. Kedudukan kedua menjadi milik Tomok manakala Hady Mirza selesa di kedudukan ketiga.

Anugerah Gegaran Generasi Juara minggu ini pula disandang Nikki Palikat yang membawa wang tunai RM1,000 manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak menjadi milik Tomok.

Kesemua peserta yang mara ke suku akhir pada minggu hadapan perlu menyanyikan dua buah lagu.

ASGV dijurikan Datuk Ramli MS, Datuk Shafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Konsert akhir ASGV bakal berlangsung pada 10 Disember ini di stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya