DUN Melaka: PBT Melaka lupus 1,796 anjing liar tahun ini

DUN Melaka: PBT Melaka lupus 1,796 anjing liar tahun ini

ANJING liar berkeliaran mencari sisa makanan di Pantai Klebang, Melaka. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 1,796 ekor anjing liar dilupuskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Melaka, tahun ini.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, sehingga Oktober lalu sebanyak 2,230 tangkapan dilaksanakan PBT dan 68 ekor anjing telah dituntut oleh pemilik berdaftar.

Beliau berkata, semua pemilik anjing tidak sepatutnya melepaskan haiwan peliharaan mereka di kawasan awam dan perlu mendaftar bagi mendapatkan lesen sah daripada PBT.

“Kerajaan negeri melalui PBT sentiasa terbuka dan menggalakkan mana-mana persatuan pencinta haiwan atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan kebajikan haiwan ini terpelihara.

“Tetapi perlu mengikut pekeliling dan kaedahnya adalah persatuan tersebut perlu sah berdaftar bagi setiap anjing yang dipelihara selain perlu dilesenkan PBT mengikut kawasan.

“Syarat-syarat perlesenan ini termasuklah tidak boleh melepaskan haiwan peliharaan (anjing) di kawasan awam bagi memastikan faktor keselamatan penduduk di kawasan sekitar terjamin,” katanya ketika Sesi Pertanyaan-pertanyaan Lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

RAIS Yasin ketika Sesi Pertanyaan-pertanyaan Lisan Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali (BN-Lendu) mengenai usaha menyelaraskan tindakan mengawal isu anjing liar di Melaka.

Tambah Rais, Unit Kerajaan Tempatan (UKT) telah menerima permohonan cadangan penswastaan pusat perlindungan anjing liar daripada Pertubuhan Pencinta Haiwan Melaka (PPHM).

Ujarnya, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) juga menerima permohonan PPHM untuk mendirikan pusat jagaan anjing di Rim untuk memiliki lesen dan permit sementara bagi tujuan pengoperasian.

“Satu mesyuarat berkenaan cadangan itu telah diadakan pada 16 Jun lalu bersama wakil PPHM dan wakil Persatuan Menolong Haiwan Melaka bagi membincangkan kaedah pelaksanaan pusat perlindungan anjing liar ini dan isu dihadapi pihak persatuan dan NGO berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya