DUN Kelantan: Projek Ladang Solar Terapung Danau To' Uban masuki peringkat akhir

DUN Kelantan: Projek Ladang Solar Terapung Danau To’ Uban masuki peringkat akhir

PERSIDANGAN Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek Ladang Solar Terapung Danau To’ Uban, Pasir Mas di sini sudah memasuki peringkat akhir termasuk fasa ujian dan pentauliahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, keseluruhan projek tersebut kini sudah mencapai tahap 96.95 peratus.

“Memandangkan ia adalah projek solar terapung terbesar di Asia Tenggara dan antara terbesar di dunia. Maka banyak fasa pembelajaran yang perlu dilalui dalam penyiapan projek ini.

“Kemajuan keseluruhan merangkumi kerja-kerja pemasangan pulau solar yang telah siap sepenuhnya termasuk pemasangan 247,680 pelampung dan 247,680 panel solar.

“Ia turut merangkumi kerja-kerja melabuhkan 6,180 buah batu sauh dan membina 20 buah kabin inverter yang telah siap ditambat pada kedudukan masing-masing. Pengujian dan pentauliahan ke atas sambungan elektrik di atas pulau telah pun mencapai 75 peratus,” katanya semasa menjawab soalan dikemukakan Zuraidin Abdullah (Pas-Chetok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor memberitahu, pemasangan kabel dengan kekuatan 33 kilo volt sepanjang 10 kilometer dari Kampung Chandan ke fasiliti elektrik di Bendang Nyior telah siap sepenuhnya.

Ktanya, kerja-kerja di Fasiliti Elektrik Bendang Nyior sedang berjalan dengan lancar dan dua menara besar kabel 132 kilo volt telah siap didirikan dan kini dalam proses penyambungan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya