DUN Kelantan: Pembangkan harap Belanjawan 2024 tumpu kebajikan masyarakat

DUN Kelantan: Pembangkang harap Belanjawan 2024 tumpu kebajikan masyarakat

MOHD. Syahbuddin Hashim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berharap Belanjawan 2024 yang akan dibentang oleh Kerajaan Negeri esok memberi keutamaan kepada soal kebajikan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim perkara tersebut sangat penting memandangkan kerajaan negeri pada hari ini mendapat mandat begitu besar daripada rakyat di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Semestinya perbelanjaan kepada kebajikan rakyat perlu menjadi perkara utama. Kalau ikutkan belanjawan lepas, kita mempunyai surplus setiap tahun yang memberi gambaran bahawa kerajaan negeri dapat menguruskan kewangan dengan baik.

“Jadi saya juga mengharapkan jangan pula lebihan (Surplus) ini terjadi kerana tidak tidak berbelanja atau menyimpan daripada menggunakan peruntukan-peruntukan tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN Kelantan di sini hari ini.

Ketua Pembangkang itu memberitahu, langkah tidak berbelanja atau menyimpan peruntukan tertentu tidak sepatutnya berlaku sedangkan perkara-perkara tersebut penting dan wajar untuk berbelanja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya