DUN Kelantan: Kerajaan perlu berhati-hati urus REE-Pembangkang

DUN Kelantan: Kerajaan perlu berhati-hati urus REE-Pembangkang

MOHD. SYAHBUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan perlu berhati-hati dalam menguruskan unsur nadir bumi (REE) bernilai RM125 bilion bagi mengelakkan berdepan kerugian sebagaimana yang pernah berlaku ke atas perlombongan emas sebelum ini.

Ketua Pembangkang Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, hal ini kerana Kerajaan Negeri hanya menjadi rakan bekerjasama bukan orang melaksana.

“REE merupakan sumber baharu yang perlu disantuni dengan sebaik mungkin. Pada sama sama ia merupakan sumber pendapatan baharu kepada kerajaan Negeri.

“Dengan ini, Kerajaan Negeri tidak lagi bergantung kepada hasil daripada balak. Secara mudahnya, kawasan balak di Gua Musang tidak lagi perlu ditebang,” katanya kepada pemberita selepas Sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas memberitahu, sekiranya hasil itu dimanfaatkan sebaik mungkin Kerajaan Negeri tidak perlu lagi menjadi pengemis kepada royalti petroleum daripada Persekutuan.

Katanya, beliau difahamkan sebanyak 2.5 juta metrik tan REE terdapat di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah.

“Timbalan Menteri Besar (Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan) memberitahu, perkara itu masih lagi diperingkat rundingan. Bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) oleh Kerajaan Negeri telah disiapkan dan tunggu maklum balas pihak kementerian untuk dilaksanakan.

“Kita juga telah dimaklumkan beberapa syarikat sudah berminat untuk bekerjasama dengan anak syarikat kerajaan Negeri. Saya amat berharap anak syarikat kerajaan Negeri bukan menjadi rakan kerjasama sahaja tapi tuan kepada perlombongan ini,” ujarnya.

Utusan Online hari ini melaporkan, Kerajaan Kelantan sudah mendapat ‘lampu hijau’ dari Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan bahan mentah nadir bumi (REE) yang terdapat negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun kajian dari Tanah dan Galian (PTG) negeri diperlukan sebelum melaksanakan perkara tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya