DUN Kelantan: Kelantan dapat 'lampu hijau' bangunkan REE

DUN Kelantan: Kelantan dapat ‘lampu hijau’ bangunkan REE

MOHAMED Fadzli Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sudah mendapat ‘lampu hijau’ dari Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan bahan mentah nadir bumi (REE) yang terdapat negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun kajian dari Tanah dan Galian (PTG) negeri diperlukan sebelum melaksanakan perkara tersebut.

“Kerajaan Negeri sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan perkara tersebut sebagaimana ketetapan dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

“Banyak prosedur yang perlu dilalui di peringkat negeri dan persekutuan termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Saya difahamkan antara prosedur melibatkan EIA akan mengambil masa dua hingga tiga tahun.

“Kita mengharapkan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau persekutuan akan mencari jalan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan urusan ini,” katanya semasa menjawab soalan ADUN Galas-BN Mohd. Syahbuddin Hashim di sidang DUN Kelantan berkait strategi kerajaan dalam perlombongan sumber baharu REE di negeri ini.

ADUN Temangan itu memberitahu, penerokaan REE di negeri ini boleh menjana hasil sehingga RM125 bilion atau mungkin lebih daripada jumlah tersebut.

Katanya, sebagai permulaan dalam membangunkan REE Kelantan akan bekerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.

“Ketika ini kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada syarikat dari China dalam mengendalikan perkara tersebut.

“Kita akan memastikan perkara ini dapat dimanfaat  untuk rakyat Kelantan tanpa perlu melibatkan pihak ketiga. Selain itu, kita juga akan mengambil warga tempatan untuk melatih mereka supaya menjadi pekerja yang mahir dalam pengeluaran REE,” ujarnya  semasa menjawab soalan tambahan ADUN (Bersatu) Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya