DUN Kelantan: Hasil padi mencukupi untuk rakyat

DUN Kelantan: Hasil padi mencukupi untuk rakyat

SIDANG DUN Kelantan berlangsung di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi jaminan hasil padi yang dikeluarkan mencukupi untuk keperluan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, hal ini kerana hasil keluaran padi Kelantan secara keseluruhannya telah mencapai 208 peratus.

“Jumlah hasil keseluruhan padi di Kelantan sebenarnya mencukupi untuk rakyat di negeri ini dan setakat ini sebahagian besar hasil padi di Kelantan dieskport ke negeri-negeri lain,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada ADUN Kota Lama-PH, Dr. Hafidzah Mustakim.

Tuan Mohd. Saripudin memberitahu, pada masa sama Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM400,000 sebagai bantuan infrastruktur dan peralatan untuk program pembangunan industri padi pada tahun ini.

Katanya, program tersebut merangkumi 15 projek dan melibatkan seramai 141 petani.

“Bantuan ini melibatkan kawasan padi luar jelapang di Jajahan Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Jeli dan Kota Bharu,” ujarnya.

ADUN Selising itu berkata, keluasan kawasan tanaman padi bertanam di DUN Bukit Bunga adalah seluas 221.34 hektar dengan hasil pengeluaran sebanyak 397.2 metrik tan bagi musim 2022 dan 2023 (sehingga Oktober 2023).

Katanya, hasil tersebut akan meningkat bilaman kerajaan negeri turut mengagihkan sebanyak 269 botol baja foliar yang merupakan penggalak buah padi kepada seramai 104 petani di DUN tersebut.

“Kerajaan negeri mempertuntukkan sebanyak RM600,000 melalui Jabatan Pertanian Negeri Kelantan setiap tahun bagi pembangunan tanah-tanah terbiar pertanian,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya