Dua lelaki tidak mengaku salah curi cip kasino Genting Highlands - Utusan Malaysia

Dua lelaki tidak mengaku salah curi cip kasino Genting Highlands

DUA lelaki mengaku tidak bersalah bersubahat mencuri cip kasino di Mahkamah Majistret Bentong di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong di sini atas tuduhan bersubahat mencuri cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di Genting Highlands di sini.

Tertuduh, Koay Boan Seng, 32, dan Hoo Chee Chuang, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan hari ini.

Mengikut fakta pertuduhan, mereka didakwa bersama dua lagi rakan yang masih bebas menceroboh bangunan dengan maksud mencuri 1,160 cip kasino bernilai RM4.6 juta milik Genting Highlands Berhad.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada pukul 7.12 pagi, 28 Oktober lalu di sebuah bilik di Sky Kasino Genting Highlands.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala peguam Kenny Tan Cheng Yee mewakili kedua-dua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes dan jaminan RM8,000 setiap seorang.

Semalam, media melaporkan polis menahan 10 suspek bagi membantu siasatan kes kehilangan cip kasino di pusat perjudian Genting Highlands.

Lima individu termasuk bekas pekerja pusat perjudian terbabit disyaki dalang utama kes sedang diburu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya