Dewan Rakyat: Pastikan kanak-kanak bebas diskriminasi, eksploitasi  - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat: Pastikan kanak-kanak bebas diskriminasi, eksploitasi 

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Johari Abdul mengingatkan semua pihak menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua kanak-kanak membesar bebas daripada diskriminasi, keganasan dan eksploitasi. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia hari ini, adalah penting untuk semua pihak memperbaharui tekad melindungi hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-Kanak pada 1995. 

“Hal ini khususnya berkaitan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak. 

“Saya mengingatkan perkara ini bukan sahaja kepada ahli-ahli Yang Berhormat, malah kepada semua pemegang amanah termasuk ibu bapa, penjaga, pendidik, sektor dan awam serta masyarakat,” katanya sebelum memulakan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Hari Kanak-Kanak Sedunia mula disambut di Malaysia pada 8 Oktober 1960 di Stadium Negara, Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Dalam pada itu, Johari juga menyeru semua pihak supaya mendoakan semua kanak-kanak khususnya di Semenanjung Gaza  diberi perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman. 

“Kini, warga dunia begitu terkesan dengan konflik Palestin-Israel yang semakin meruncing. 

“Sehingga hari ini, lebih 700,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal, lebih 4,600 orang kehilangan nyawa dan hampir 9,000 orang cedera,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya