Deepavali: Kenderaan masuk ke Kelantan makin bertambah

Deepavali: Kenderaan masuk ke Kelantan makin bertambah

JUMLAH kenderaan melalui bandar Gua Musang, Kelantan semakin bertambah, namun trafik masih terkawal hari ini-UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jumlah kenderaan yang memasuki negeri ini melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang di sini semakin bertambah sejak malam tadi susulan cuti panjang sempena sambutan Deepavali esok.

Tinjauan Utusan Malaysia di laluan lampu isyarat menuju bandar Gua Musang hari ini mendapati, bilangan kenderaan mula bertambah sejak 10 pagi ini, namun keadaan trafik masih terkawal.

Seorang perantau, P. Muguthan , 36, berkata, dia bersama isteri dan dua anak bertolak dari rumahnya di Kuala Selangor, Selangor kira-kira pukul 7 pagi ini.

Menurutnya, walaupun kenderaan dilihat semakin bertambah menuju Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi terkawal.

“Kami sekeluarga merancang perjalanan apabila bertolak pada pagi ini bagi mengelak kesesakan menjelang petang ini.

“Kita dah biasa dengan kesesakan jalan raya setiap tahun terutamanya ketika musim perayaan. Kita tempuh saja kerana kami bersemangat untuk pulang menyambut pesta cahaya bersama ahli keluarga di Tanah Merah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pengguna jalan, Nur Amira Natasha Muhammad Azmi, 30, yang bekerja di Cheras, Kuala Lumpur pula berkata, dia mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Deepavali.

Katanya, dia bertolak pukul 8.30 pagi tadi dan  tiba pada pukul 12.30 tengah hari untuk berhenti rehat di Hentian Gua Musang.

Katanya, laluan di beberapa jalan utama terutama di kawasan lampu isyarat kawasan bandar agak perlahan.

“Setiap kali cuti panjang atau musim perayaan saya akan pulang bercuti untuk berjumpa dengan keluarga di kampung halaman.

“Saya berharap semua pengguna dapat bersabar dalam pemanduan dan selamat sampai di destinasi masing-masing kerana aliran trafik dijangka semakin bertambah dengan kenderaan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya