Cobra sedia ‘mengganas’ pertahan kejuaraan

Cobra sedia ‘mengganas’ pertahan kejuaraan

PEMAIN Cobra menjalani latihan di Petaling Jaya, semalam menjelang Kejohanan Ragbi Cobra 10s hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad ragbi Cobra sudah bersedia sepenuhnya dengan semua 14 pemain import dari New Zealand sudah tiba untuk memperkuatkan pasukan dalam Kejohanan Ragbi Cobra 10 sebelah (10s) yang bermula hari ini sehingga esok.

Pengarah Logistik dan Perhubungan Cobra, Nazarudin Borhan berkata, selain 14 pemain import, Cobra juga diperkuatkan oleh dua pemain tempatan di bawah bimbingan jurulatih yang dibawa khas dari New Zealand khusus untuk kejohanan ini.

“Semua 14 pemain import sudah tiba pada Rabu lalu dan mereka sempat menjalani dua sesi latihan bersama pasukan. Kita gabungkan pemain import dan tempatan mengikut kemampuan tetapi secara realistik untuk menjadi pencabar kejohanan.

“Tahap kecercagasan mereka juga sangat baik kerana baru sahaja habis kejohanan di New Zealand, mereka mendapat tempoh rehat yang cukup dan sudah bersedia untuk beraksi di kejohanan kali ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selepas tiga tahun menyepi, kejohanan edisi ke-50 itu kembali dipertandingkan di Padang Astaka Petaling Jaya, Selangor membabitkan penyertaan sembilan pasukan lelaki termasuk tiga skuad baharu, dua dari New Zealand dan satu dari Papua New Guinea.

Ujar Nazarudin, walaupun tempoh latihan yang dijalani terlalu singkat kerana pemain import baru sampai ke Malaysia lalu, beliau yakin pemain tidak berdepan kesukaran menyesuaikan diri kerana berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

“Kalau ikutkan pemain-pemain luar itu dari New Zealand yang bermain dari pelbagai kelab. Persiapan agak singkat tapi apa yang kita harapkan jadi juara sekali lagi tahun ini.

“Ini adalah tahun paling penting, ke-50. Pemain-pemain yang kita panggil dari luar dah mempunyai keserasian. Jadi, kami berharap kita dapat melakar kejayaan biarpun sedar bakal mendapat tentangan sengit pasukan lain,” katanya.

Untuk rekod, dalam penganjuran pada edisi 2019, Cobra meraih kejuaraan selepas menewaskan kelab Blackhawks dengan kemenangan 15-12. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya