Cadang campur tangan tentera pengaman di Palestin - Hassan - Utusan Malaysia

Cadang campur tangan tentera pengaman di Palestin – Hassan

HASSAN ABDUL KARIM (tengah, belakang) bersama-sama pelajar tahfiz dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia perlu mencadangkan supaya pelbagai negara menghantar bantuan ketenteraan ke Palestin sebagai pasukan pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan sama ada melibatkan negara Islam dan bukan Islam yang menyokong keamanan sejagat.

“Ketika ini, Israel terpinggir dan tersisih daripada sokongan dunia. Negara yang masih bersama mereka hanyalah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Hungary dan kepulauan-kepulauan kecil milik AS.

“Jadi, sudah tiba masanya Malaysia suarakan bantuan ketenteraan ke Palestin menerusi PBB,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Media antarabangsa melaporkan lebih 12,000 rakyat Palestin telah terbunuh termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak sejak tentera Israel memulakan serangan di Semenanjung Gaza lebih 40 hari lalu.

Sementara itu, Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor memberitahu, walaupun negara-negara terlibat menyokong Israel, namun majoriti rakyat mereka tetap menyokong perjuangan Palestin.

“Hal ini kerana rakyat AS mempunyai sentimen dan sifat kemanusiaan yang tinggi, sama seperti ditunjukkan apabila kerajaan negara tersebut terlibat dalam perang di Vietnam suatu ketika dahulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya