Beri tumpuan tingkatkan sekuriti makanan - Utusan Malaysia

Beri tumpuan tingkatkan sekuriti makanan

AMINUDDIN Harun (dua dari kiri) menyampaikan Insentif Tabung Agro kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Inisiatif Belanjawan Bidang Tumpuan 1 Jaminan Bekalan Makanan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2023 di Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih ramai pengusaha-pengusaha bidang pertanian di Negeri Sembilan diharap dapat memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan sekuriti makanan pada tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 tahun lalu, iaitu menerusi Bidang Tumpuan 1, iaitu Jaminan Bekalan Makanan, kerajaan negeri telah memperkenalkan lapan inisiatif bagi membantu menangani dan meningkatkan keupayaan jaminan bekalan makanan di negeri ini.

Jelas beliau, kerajaan negeri melalui agensi Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyediakan insentif bagi membantu petani, penternak dan pengusaha industri asas tani untuk memastikan kecukupan bekalan produk di sektor pertanian secara konsisten untuk pasaran di dalam negeri dan lebihan untuk dapur Lembah Klang.

“Saya mengharapkan insentif yang disalurkan ini dapat memberikan manfaat kepada pengusaha pengeluaran sektor pertanian negeri. Ini adalah sebagai langkah proaktif jabatan berkenaan memastikan jaminan pengeluaran hasil tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, industri makanan dan ternakan sentiasa mencukupi khasnya kepada rakyat di Negeri Sembilan.

“Saya mengharapkan pada tahun 2024 lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan Sekuriti Makanan di negeri ini. Kita juga perlu memastikan makanan yang kita hasilkan itu berkualiti dan selamat untuk dimakan seterusnya galakan untuk pengguna, serta kempen hotel-hotel mendapatkan produk seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil ternakan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Penyerahan Inisiatif Belanjawan Bidang Tumpuan 1 Jaminan Bekalan Makanan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2023 di sini hari ini. 

Pada majlis itu, seramai 527 orang menerima insentif tersebut dengan melibatkan keluasan 650 hektar di seluruh Negeri Sembilan. 

Insentif tersebut terdiri seperti Insentif Tabung Agro; Insentif MuafakaTani; Insentif Sekuriti Makanan; Insentif Sejahtera Tani; Insentif Pembangunan Tanah Terbiar; Insentif Khas Pembangunan Projek IAT (Halal/MeSTi) dan Insentif Penanaman Napier, Pastura dan Kekacang (i-NPAK). 

Menteri Besar dalam pada itu berkata, kerajaan negeri sentiasa serius dalam usaha memajukan sektor pertanian termasuk dengan memperuntukan sebanyak RM9.05 juta dalam belanjawan tahun ini untuk tujuan berkenaan.

“Antaranya, RM 1juta telah diperuntukkan bagi program Tabung Agro iaitu usahasama antara kerajaan Negeri Sembilan dan Agro Bank dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah kepada pengusaha dan usahawan tani bagi memperkukuhkan lagi aktiviti-aktiviti pertanian yang sedang diusahakan supaya dapat mencapai skala yang lebih besar, sekali gus dapat menggandakan produktiviti pertanian,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya