Beri pendedahan masyarakat dapatkan sijil halal - Utusan Malaysia

Beri pendedahan masyarakat dapatkan sijil halal

ISMAIL Abdullah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan pada Program Sentuhan Kasih B40 Sempena Deepavali 2023 di Ladang St. Leonard, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Terdapat minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat bukan Islam untuk lebih mengetahui mengenai prosedur dan proses bagi mendapatkan sijil halal.

Bagaimanapun, jelas Pengerusi Pertubuhan Pengasih India Negeri Sembilan (PPINS), Ismail Abdullah berkata, terdapatnya persepsi dan pemahaman yang kurang menjadi punca pendedahan mengenai perkara itu tidak sampai kepada golongan berkenaan.

Oleh sebab itu, beliau mengambil inisiatif dengan memberikan taklimat mengenai prosedur mendapatkan sijil halal kepada pengusaha dan juga restoran bukan Islam menerusi penganjuran Program Sentuhan Kasih B40 Sempena Deepavali 2023 di Ladang St. Leonard, Lukut di sini.

“Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Bahagian Halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Persepsi mereka, jika libatkan pihak berkuasa agama, akan menyebabkan mereka masuk Islam, sedangkan produk agensi agama ada banyak termasuk mengenai halal.

“Respon daripada mereka sangat baik, hasilnya mereka yang terdiri daripada pengusaha keropok dan restoran telah minta untuk kami laksanakan satu lagi slot taklimat lagi mengenai halal sahaja, mereka begitu berminat mengenainya.

“Bagi negara kita yang berbilang bangsa dan etnik ini, adalah penting kesedaran mengenai sijil halal ini dipertingkatkan, dalam kalangan orang Islam juga tidak lagi was-was dan tiada halangan untuk pergi ke restoran masyarakat lain,” katanya di sini.

Sementara itu, katanya, seramai 150 orang keluarga dalam kalangan masyarakat India telah diraikan menerusi program berkenaan yang turut mendapat kerjasama daripada phak JHEAINS dan Kuil Sri Maha Mariamam Ladang St. Leonard, Lukut.

“Selain sumbangan barangan dapur kepada 150 buah keluarga yang memerlukan, turut diadakan acara sukaneka selain persembahan tarian dan gendang kebudayaan masyarakat India di estet,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya