KANGAR: Kira-kira 71,000 pesawah dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan kerugian sehingga RM40 juta semusim jika mereka lewat mengusahakan sawah disebabkan tiada benih padi. Isu kelewatan mengagihkan benih kepada pesawah di Kedah dan Perlis bawah MADA yang semuanya berkeluasan 100,000 hektar bukan perkara baharu tetapi berlarutan sejak beberapa tahun lalu. Bagi keluasan satu hektar bendang, pesawah terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM400 bagi tujuan membajak semula, kos racun selain pembaziran sumber bekalan air turut berlaku berpunca tiada benih padi. Isu lewat agih benih padi itu juga bakal menyebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya