Belum ada kebuniti terjejas banjir akibat banjir

Belum ada kebuniti terjejas banjir akibat banjir

MAT Lesak Ngathinee (dua kanan) melihat tanaman sempena Seminar Karnival Jabatan Pertanian Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) belum menerima sebarang maklumat berkait peserta Program Pertanian Bandar (Kebuniti) yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri ketika ini.

Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Jabatan Pertanian Malaysia, Mat Lesak Ngathinee berkata, sekiranya wujud Jabatan Pertanian di setiap negeri perlu memaklumkan perkata itu untuk mengenal pasti masalah tersebut.

“Pihak kementerian akan membantu mereka yang terlibat mengikut keperluan dalam bentuk barangan bagi memulakan semula projek,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebuniti Madani sempena Karnival Jabatan Pertanian Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mat Lesak memberitahu, 591 lokasi di seluruh negara yang memulakan projek ini pada tahun lalu mampu menampung keperluan untuk musim tengkujuh ini.

Katanya, kebiasaan bekalan sayur di musim sedikit sukar namun program Kebuniti dapat membantu.

“Tanaman secara komuniti yang diperkenalkan kerajaan ini dapat meringankan beban kos sara hidup dengan penjimatan sehingga RM150 sebulan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mat Lesak berkata, berdasarkan kejayaan program Kebuniti itu, KPKM memperuntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk tahun hadapan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya