Bayi ditinggalkan depan masjid dengan nota minta maaf.

Bayi ditinggalkan depan masjid dengan nota minta maaf tidak mampu jaga

Bayi ditemui depan masjid dengan nota minta maaf tidak mampu untuk jaga. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang bayi perempuan berusia enam hari ditemukan di hadapan sebuah masjid di Jalan Maktab Gaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, bayi yang cukup sifat itu ditemukan oleh seorang imam masjid di dalam sebuah kotak di hadapan masjid berkenaan.

“Berdasarkan nota yang ditinggalkan, bayi cukup sifat itu dilahirkan pada 31 Oktober lalu. Individu yang meninggalkan bayi tersebut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bayinya atas faktor ketidakmampuan.

“Malah, dia juga meminta agar bayi tersebut dihantar ke rumah anak yatim,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daripada 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaganya. 

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Susulan itu, beliau menyarankan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Hatikah A hmad ditalian 016-8337246. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya