Banjir: PPS di Felda Jelai 4 ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: PPS di Felda Jelai 4 ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Agama Felda Jelai 4, Gemas, di sini, malam tadi ekoran banjir yang berlaku telah ditutup sepenuhnya pada pukul 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Fadhil Hassan berkata, ini berikutan air sudah surut serta penduduk yang terlibat sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Menurutnya, sehingga pukul 10 malam tadi, sebanyak 29 penduduk terjejas daripada tujuh buah keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan.

Katanya, ketinggian banjir yang berlaku bermula pukul 6 petang itu adalah sekitar 0.1 meter hingga 0.3 meter yang menjejaskan tujuh buah rumah.

“Kejadian banjir kilat berlaku susulan hujan lebat berterusan di hulu kawasan tadahan dengan rekod di Stesen Hujan Felda Jelai sebanyak 78 milimeter (mm) dan Stesen Hujan Fidlot sebanyak 72mm.

“Ini menyebabkan limpahan anak Sungai Pador dan limpahan perparitan perumahan kerana air tidak dapat disalur keluar berikutan aras air Sungai Pador tinggi. Selain itu, aras rumah rendah dan berada di dataran banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar Fadhil lagi, kawasan berkenaan merupakan salah satu lokasi hotspot banjir di daerah ini dan pihaknya kini sudah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Di Tampin sebanyak 41 buah PPS dan 645 petugas dari pelbagai agensi kini sudah bersiap sedia susulan Monsun Timur Laut ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya