Badminton: Wooi Yik tidak letak sasaran Jelajah Dunia

Badminton: Wooi Yik tidak letak sasaran Jelajah Dunia

BEREGU lelaki No.1 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan meletakkan sebarang sasaran di Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China pada 13 hingga 17 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beregu lelaki No.1 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan meletakkan sebarang sasaran pada badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China pada 13 hingga 17 Disember ini.

Sebaliknya bagi Wooi Yik, jika dapat memperbaiki pencapaian edisi lalu melepasi saingan kumpulan, ia sudah memadai.

Jelasnya, persaingan di Jelajah Dunia Akhir jauh berbeza kerana membabitkan lapan beregu terbaik dan format liga.

“Jelajah Dunia Akhir saya anggap ujian terbaik kepada kami sebelum Olimpik (Paris) kerana formatnya sama, kumpulan (dua) dan satu kumpulan mempunyai empat pasangan.

“Ia membabitkan persai­ngan liga dan bukan kalah mati, jadi apabila tewas sekali masih ada peluang lagi,” kata Woo Yik, pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Wilayah Persekutuan bagi Sukan SEA ke-32 dan Sukan Asia ke-19di The Everly, Putrajaya.

Edisi lalu menyaksikan, perjalanan mereka di Jelajah Dunia Akhir itu terhenti di peringkat kumpulan.

Tambah Wooi Yik, insentif diterimanya susulan memenangi pingat gangsa Sukan Asia di Hangzhou, China itu menjadi motivasi untuk meneruskan baki saingan musim ini.

“Seperti dapat gelaran (di Denmark), insentif ini tetap menjadi motivasi buat saya menghadapi baki tiga kejohanan musim ini (Korea Masters, China Masters, Jelajah Dunia Akhir), untuk saya bertahan berjuang hingga ke akhir tahun,” ujarnya

Menurutnya, bagi menghadapi Korea Masters dan China Masters, dia mensasarkan untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir, untuk memastikan tempat mereka ke Jelajah Dunia Akhir, terjamin.

Dalam pada itu, Jabatan Sukan Wilayah Persekutuan menerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan menyampaikan RM164,600 kepada atlet Wilayah Persekutuan (Wipers) yang beraksi cemerlang di Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou, menyaksikan seramai 71 atlet mendapat imbuhan.

Seramai 96 atlet Wipers mewakili negara di Sukan Sea Kemboja manakala 40, mewakili negara ke Sukan Asia Hangzhou. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya