ATM tahan tiga PATI ceroboh negara melalui Sungai Golok

ATM tahan tiga PATI ceroboh negara melalui Sungai Golok

ANGGOTA ATM bersama tiga PATI yang ditahan selepas menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di sini untuk masuk ke negara ini di Tanah Merah, Kelantan semalam-IHSAN ATM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara China termasuk dua wanita selepas mereka menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di sini untuk masuk ke negara ini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga PATI yang berusia 33 hingga 36 tahun itu diberkas pukul 12.20 tengah hari.

Menurutnya, semasa menjalankan rondaan bermotosikal anggota bertugas telah mengesan tiga orang awam memasuki negara secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok menggunakan perahu.

“Pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dan dua wanita itu merupakan warganegara China.

“Anggota bertugas merampas sembilan buah telefon bimbit, wang tunai mata wang Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Thailand dan Hong Kong bersama PATI yang ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, anggota Dua Divisyen turut merampas tiga utas jam tangan, barangan kemas, beg tangan, 42 kotak rokok dan kad tambah nilai Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM104,096.

Menurutnya, ketiga-tiga PATI itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut.

“Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus
memastikan keselamatan sempadan terpelihara,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya