Asah kreativiti anak melalui lukisan, kraftangan

Asah kreativiti anak melalui lukisan, kraftangan

AZLINDA Abd. Ghani (tengah) semasa sijil sebagai Pengurus Global Art Cawangan Kubang Kerian, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lukisan dan kraftangan merupakan salah satu medium yang mampu mengasah serta mengembangkan lagi kreativiti seawal usia tiga tahun dan ke atas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengurus Global Art Cawangan Kubang Kerian Azlinda Abd. Ghani berkata, kedua-dua medium itu mampu merangsang daya pemikiran kanak-kanak sekali gus mencungkil bakat terpendam.

“Di sini (Global Art) kami menawarkan kelas melukis dan kraftangan mengikut tahap kemahiran. Kita ada enam program teras dan empat pengukuhan.

“Enam program teras itu melibatkan junior, asas (foundation), pra-asas (pre-basic), asas (basic), pertengahan (intermediate) dan mahir (advance).

“Sementara pengukuhan pula kita ada G-clay, cultural art, cartoon and comics serta deco art. Semua program ini sesuai untuk kanak-kanak bermula usia tiga hingga 18 tahun,” katanya.

Azlinda memberitahu, program ini turut memupuk peserta berkait dengan pembinaan karektor iaitu fokus, kebertanggungjawaban, kreatif, disiplin dan sebagainya.

Katanya, semua itu mampu menjadikan peserta lebih yakin sebaik sahaja mereka menamatkan program ini.

“Walaupun baru beroperasi, alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakan. Setakat ini kita sudah mempunyai seramai 30 peserta,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya