Anwar ajak China bersama selesaikan konflik Palestin-Israel - Utusan Malaysia

Anwar ajak China bersama selesaikan konflik Palestin-Israel

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta  China untuk bersama-sama membantu menghentikan segera konflik Palestin-Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Menurut Perdana Menteri, perkara  itu disampaikan ketika beliau menerima kunjungan hormat Naib Presiden China, Han Zheng di pejabatnya hari ini.

“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Kami berdua turut menyentuh keperluan mengeratkan hubungan Malaysia dan China serta merancakkan pelaburan selain kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk industri halal,” kata Perdana Menteri  dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Han Zheng mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula semalam hingga 11 November ini sempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia- China pada tahun ini.

Selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Naib Presiden China itu dijadual menghadiri Majlis Sembah Menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Han Zheng juga dijangka melawat Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak dan Pulau Pinang.

Sejak sedekad lalu, China menjadi  rakan dagang terbesar Malaysia iiaitu jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM487.13 bilion  pada tahun 2022 menyaksikan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun 2021.

China juga merupakan pelabur langsung asing terbesar di negara ini bagi tahun 2022 dengan pelaburan berjumlah RM55.4 bilion.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya