Anggota imigresen maut motosikal terbabas

Anggota imigresen maut motosikal terbabas

KEADAAN motosikal Yamaha LC yang ditunggang oleh Muhamad Khairi Hamzah yang terbabas di Kilometer 36, Jalan Batu Pahat-Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang anggota Jabatan Imigresen maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 36, Jalan Batu Pahat-Kluang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang semalam, Muhamad Khairi Hamzah, 28, yang bertugas di Pejabat Imigresen Kluang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sri Gading.

Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC 135  dilaporkan cuba mengelak sebuah kereta dari simpang berhampiran sekolah sebelum hilang kawalan serta terbabas ke bahu jalan dan terjatuh. 

“Akibatnya, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat. 

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Asma’i Md. Yusoff menerusi talian 07-4327704. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya