Ahli Parlimen Gua Musang kekal sokong Kerajaan Kelantan di DUN

Ahli Parlimen Gua Musang kekal sokong Kerajaan Kelantan di DUN

MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang Mohd. Azizi Abu Naim hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kekal.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Neggiri berkata, setakat ini tiada sebarang keputusan berkait perkara itu diambil termasuklah permohonan mengubah kedudukan di DUN Kelantan.

Menurutnya, bagaimanapun dia masih menunggu keputusan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkait dengan keputusannya sebelum ini menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat pusat.

“Saya masih belum dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti. Cuma pertemuan secara peribadi sahaja bersama Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Setiausaha Agung (Datuk Seri Hamzah Zainuddin).

“Untuk makluman, kenyataan yang dibuat sebelum ini iaitu menyokong Perdana Menteri hanya melibatkan peringkat persekutuan dan bukan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd. Azizi memberitahu, sepanjang persidangan beliau tidak membangkitkan perkara-perkara yang bercanggah dengan kerajaan negeri.

Katanya, beliau menghormati tindakan kerajaan negeri yang memberi ruang kepadanya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Penerima dari rakan-rakan Alhamdulillah baik,” ujarnya.

Utusan Online 7 November lalu melaporkan, Mohd. Aziz secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa hari ini.

Sokongan terbuka itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sosial rasminya sebentar tadi.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

“Perkara tersebut sebagaimana yang di pohon mohon untuk dilaksanakan di Parlimen saya (Gua Musang) dalam tempoh penggal perkhidmatan.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN